Wednesday, April 17, 2019

Guide for pelajar baru di KMPh


Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada adik-adik yang bakal memasuki Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh). Hari ini, saya nak kongsilah serba sedikit tentang suasana hidup kat kolej ni. Tapi sebelum tu, saya nak perkenalkan diri saya dulu. Saya ni ex-student KMPh sesi 18/19 jurusan sains pst modul 1. Tujuan buat blog ni sebab nak korang chill2 jer masuk kolej macam dah setahun belajar. Hehehehe. Okay, cukup sampai situ. Sekarang saya akan share pada korang tentang nama kelas, jurusan, modul, blok kediaman, kafe2, tempat rekreasi dan lain2. Korang hadam jer dulu kay.


1.2. katil saya (last day)



1.1. saya dan roommate yg nakal
1.3. tempat menuntut
Baiklah, saya mulakan dengan hari pertama korang nanti kat sana. Okay, hari pertama korang masuk ke KMPh korang akan menghadapi kesibukan yang melampau. Mana taknya, lebih 2 ribu manusia yg nak daftar masuk time tu, kalau korang bijak datang la awal sikit, boleh la parkir kereta dekat dgn blok korang plus sape cepat sampai dia dapat pilih katil, meja, kerusi dan loker yg paling berkualiti dlm bilik nahh gituuu. Pastu first day korang tu nanti adelah taklimat daripada pengarah semua blablabla tu and korang akan ada sesi photoshoot utk kad matrik, so korang pakailah baju lawa2, rambut kemas2 haritu nanti. Then, bila korang dapat roommate yg berlainan kaum janganlah cepat sangat menggelabah. Hidup kat matrik ni korang akan kenal dengan pelbagai jenis kaum, perangai dan latar belakang. Pada saya, mereka yg kaum cina dan india ni fun jer. Hehehe.

    
1.4. laluan masuk utama KMPh

                     Seterusnya, lepas korang dah habis berdrama palsu dgn family korang tu, macam biasa, korang akan berorientasi dgn fasi2 ex-student KMPh jgk. Jgn risau diorg ni dengar2 kacak dan cantik belaka.Wkwkwkwk. Lepas tu, korang akan dibenarkan balik bermalam di rumah masing2 (Fri-Sun) sepanjang bulan ramadan. Ini dari pengalaman saya lah. Jangan lupa lengkapkan semua dokumen korang mcm slip bsn semua tu supaya urusan korang mudah, takdelah terkejar2 nk settlekan dan dengar2 citer elaun korang banyak sesi 19/20 ni. Hishh tak adil betul. Okay, di penghujung orientasi korang tu. Korang akan dapat tahu korang ni kelas apa. Jangan risau, yg mana yg tak suka bio or physic tu nnti korang boleh tukar modul yg sesuai. Kalau modul 1, korg ada Math+Chem+Phy+Bio, modul 2, korg ada Math+Chem+Phy+SCom, modul 3, korg ada Math+Chem+Bio+SCom. So, selamat memilih.

                          Now, untuk nama kelas korang tu nnti, mungkin korang akan konfius tak tahu apa maksud nombor2 dgn huruf yg ada pada nama kelas korang tu. Contoh, 1M1S01. 1M (kuliah, kiranya akan ada lebih drpd 3 kelas yg akan duduk dlm satu hall tu), 1 (modul, kiranya akan ada yg 2 atau 3 tapi utk perakaunan saya tak pasti sangat), S (program, Satu tahun atau D utk Dua tahun), 01(ni baru no kls korg). Mase korg dah tahu kls masing2, korg cari grp wasap kls korg cepat2 dan masuk. Kalau xde korg la yg kne buat grp tu. Hahaha. Saya nak bagi pandangan saya lah utk modul-modul ni. Kalau korg jenis yg xsuka bio sikit, korang cepat2 tukar modul sebab korang akan jadi meluat nnti. Percayalah jangan paksa or yg xsuka physic ke boleh jer tukar modul. Tapi pada saya lah, physic kacang for both sem. Chemist jer both sem hanat. Tapi kalau korg berusaha lebih utk chem tkde masalah. For Biology no comment sbb dia xde beza pon dgn SPM, baca+hafal+faham. Sains computer ni..byk kerja skit kne buat and makesure korg ade lappy sendiri la kalau nk senang.. tapi boleh je pinjam member punya siap copy paste lagi.. ehem jgn buat yer.hihihi


1.5. ini kawan kuliah 7M1 

1.6. ini kelas saya 7M1S30 (kls hujung)

                      Hmp next, pasal blok asrama korang tuh.. setiap blok ade kelebihan masing2. Tp yg best blok A dgn C (blok perempuan) yg lelaki blok B. Setiap blok ade 2 sbb tu nama die A1 A2 B1 B2.... haa mcmtulah. Saya mulakan dgn blok A. Okay blok ni yg plg best antara semua blok sebab dekat dgn tasik, dekat dgn library, dekat dgn kuliah. Main point die, sbb dkt dgn tasik. Tapi, jarak blok A dgn bilik tuto (kelas nak belajar) jauh banyak. Hahah pastu nk pergi mini mart pon jauh ya robb. Blok A ni jugak special sbb ade.......(haa korang fikir lah sndiri ape tu) nak pesan pukul 2 pagi dn keatas jgn buat rajin nak basuh baju. Then, blok B (blok para lelaki kacak). Blok B yg plg best blok B2 sbb kiri kanan ade kafe, dekat dgn masjid, dekat dgn mini mart, dekat dgn bangunan admin (lelaki x function sgt), dekat dgn kelas tuto dan paling pnting dekat dgn padang. Satu lagi, budak blok B wajib kenal CikYah.. nnti korang knl lahh. For blok C, korang hampir sama macam blok B cuma korang paling dekat dgn masjid dn bilik tuto. Btw yg belakang blok C tu bkn tasik yer.. tu kumbahan. Cuma nampak macam tasik. Blok C setakat ni xde lagi saya dengar cerita keras, blok A jer..

 
1.7. laluan pelajar ke kelas tutorial
1.8. bangunan tuto
1.9 dewan kuliah (tempat tidur, moba, dll)









                 Kemudian, kafe yg best mengikut tekak dan kerabakkan dompet yg saya alami. Cafe plg best adalah Cafe C > Cafe A > Cafe Admin > Cafe B. Cafe C best sbb situ byk pilihan makanan, murah and plg strategik wktu lunch sbb dekat dgn bilik tuto. Cafe A best jgk.. banyak pilihan murah la jugak. Tapi for budak blok B dan C, jauh hanat semata2 nak menekak. Hehehe. Kafe Admin ni plk dekat sebelah B2, bdk B1 kne cross B2 nk gi sane. Girls jgn lalu ikut blok lelaki plk. Nnti jadi tumpuan. Hahaha. Ikut tekak saya, sini boleh la telan xde laa hambar. Masakan thai pon ade. Harga memberangsangkan jugak. Tp admin yg belah atas okey, siap ade air free (klu ko mkn situ laa).Yg last sekali kafe B, mknn die lain macam sikit.. tapi boleh makan jgn risau.. kita lelaki boleh terima and yg special psl kafe B, korang isi nasi sama banyak, lauk yg sama, ayam yg sama dgn member tapi harga korang lain.

1.10. balik dari cafe A 




                              Untuk tempat rekreasi, contoh macam tasik, padang dan lain2. Dekat tasik, korang boleh berjogging, bagi ikan makan, ambik gambar, berkelah and banyak lagi utk pelajar lelaki maximum until 7 pm. Kat tasik tu korang nmpk ade kayak kan, tapi korang xboleh main. Korang boleh main bile ade event berkayak jer. So sad. Kalau cm padang pula, korg boleh pinjam alat sukan kt stor situ guna slip matrik atau kad matrik korg nnti. Boleh laa nak main basikal dlm KMPh nnti mcm abg2 kakak2 fasi korang nnti. Kat sini pon ade gim tapi saya tak pernah lah masuk. So xtahu nk explain macam mana.

1.11. padang KMPh
1.12. Tasik KMPh
                             Pesanan tambahan, kat matrik ni korang join lah banyak aktiviti. Contohnya macam pal leader, seminar, koko, kawad, berkhemah and kalau mampu, korang boleh bertanding dalam jawatan jpp. Please, teruskan perjuangan e-sport kt sana. Tenaga pengajar kat sana boleh dikatakan mcm cikgu kita kat sekolah. Diorg still caring pasal pelajaran kita (kne marah la). Kalau nasib korang baik, korang dapat madam yg suka belanja bagi kek laa hadiah la. hahaha. Macam saya, saya dapat madam Physic yg garang, menakutkan tetapi cantik dan (baik hati). Satu lagi, careful dgn ketua guard yg Indian ( bdk matrik panggil Jeeva). Make sure korang perfect dgn baju masuk dalam semua  (lelaki) kalau dia ade. Kalau konco2 die takpe lagi kot. Klau Jeeva die dah rampas kad matrik korang.

                          HMM. Okay adik2 semua. jangan risau. Orang cakap matrik ni susah la ape la.. chill jer.. mula2 je susah. Lps dpt result jgn pelik laa pointer tinggi jgk even ko macam jawab merapu time exam. And sem 2 for Chemistry belajar betul2. Tu je subjek yg paling susah. Semoga lps baca ni, korang jadi lebih bersemangat nak masuk matrikulasi. Bye.. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment